MEXICO: Sekurang-kurangnya lapan orang mati semasa ribut taufan Grace melanda pantai teluk Mexico yang dikategorikan sebagai ribut Kategori 3.
Gabenor Veracruz, Cuitlahuac Garcia berkata, mangsa turut melibatkan kanak-kanak dan tiga mangsa lain hilang selepas tanah runtuh dan banjir berlaku.
Ribut taufan itu menyebabkan seramai 330,000 penduduk terpaksa hidup dalam kegelapan selepas bekalan eletrik terputus.
Golongan nelayan pula terpaksa menarik perahu mereka keluar dari air dan membawa ke pelabuhan bagi mengelakkan kerosakan ketika ribut mula melanda kawasan pantai.
Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat memaklumkan, taufan Grace mula menjadi lemah akibat ribut tropika yang melanda kawasan pergunungan di tengah Mexico sebelum beransur hilang pada tengah malam.
Agensi Meteorologi Mexico berkata, beberapa jam sebelum ribut taufan itu melanda pantai Jumaat lalu, angin kencang dengan ombak tinggi dan hujan melanda penduduk di bandar Tuxpan, Poza Riza, Xalapa dan Veracruz serta bandar-bandar pesisir di Tabasco dan Tamaulipas.-REUTERS
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/taufan-grace-korbankan-8-penduduk-mexico/
Comments
Post a Comment