TERKINI: Banjir Tennessee ragut sekurang-kurang 21 nyawa

 

WASHINGTON: Angka korban insiden banjir buruk yang melanda Tennessee di selatan Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada sekurang-kurang 21 mangsa dan 20 lagi dilaporkan hilang, kata pegawai tempatan, semalam.

Dalam kejadian kelmarin, Tennessee dibadai hujan lebat bersama ribut serta banjir yang disifatkan pakar meteorologi sebagai 'bersejarah'.

Foto Twitter Brian Kahn

Bencana itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik meluas yang menjejaskan ribuan penduduk, selain air menenggelami laluan di kawasan luar bandar dan lebuh raya, malah turut memusnahkan jambatan.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Humpreys County yang terletak kira-kira 90 minit perjalanan dari Nashville, dilanda hujan lebat selama 24 jam kelmarin.

Gabenor Tennessee, Bill Lee, menyifatkan keadaan musibah berkenaan sebagai menyayat hati di Waverly yang terkesan teruk sehingga mengorbankan 20 mangsa, selain ramai yang kehilangan tempat berlindung.

Ketua Polis, Grant Gillespie pula memaklumkan satu lagi korban bencana itu dikesan di sebuah kawasan lebih terpencil di county terbabit.

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/08/855015/terkini-banjir-tennessee-ragut-sekurang-kurang-21-nyawa

 

Comments