BEIJING: Tiga angkasawan China selamat kembali ke Bumi selepas menamatkan misi 90 hari dalam usaha Beijing menjadi kuasa besar industri angkasa lepas.
Kapsul yang membawa angkasawan berkenaan mendarat di gurun Gobi pada pukul 1.34 petang waktu tempatan.
“Rasa sangat gembira dapat pulang. Saya berada dalam keadaan baik dan bersemangat,” kata Tang Hongbo kepada CCTV selepas selamat kembali dan menjayakan misi negara.
Agensi Angkasa Lepas China (CMSA) memberitahu, semua kru Shenzhou-12 itu berada dalam keadaan baik.
“Misi pertama kita (angkasawan China) ke angkasa lepas berjaya sepenuhnya,” jelas CMSA.
Misi itu diketuai juruterbang tentera udara Tentera Pembebasan Rakyat, Nie Haisheng yang sebelum ini pernah menyertai dua misi angkasa.
Turut menyertai beliau ialah pasukan tentera Liu Boming dan Tang Hongbo.
Mereka tinggal selama 90 hari di stesen angkasa Tiangong dengan melakukan eksperimen saintifik.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/angkasawan-china-selamat-kembali-ke-bumi-selepas-90-hari/
Comments
Post a Comment