Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Melbourne

 

AUSTRALIA: Melbourne dan sebahagian kawasan Victoria dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter awal pagi tadi sehingga menyebabkan banyak bangunan mengalami kerosakan.

Gempa bumi melanda kawasan Geelong sehingga Gippsland dan gegaran turut dapat dirasakan sehingga ke Canberra, lapor The Age.

Jabatan Geosains Australia memaklumkan gegaran gempa bumi berlaku di Mansfield, sekitar 180 kilometer timur laut Melbourne, dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima laporan kerosakan bangunan di seluruh Melbourne.

Pihaknya mendapat tiga panggilan dari Kensington termasuk Flemington, Brunswick, Ascot Vale, Maidstone, Northcote, Parkdale, Prahran dan West Melbourne.

Ahli Sains Geologi dari University of Melbourne, Mark Quigley berkata, gegaran berlaku dalam 5.5 hingga 5.8 skala Richter.



“Ia disebut sebagai magnitud momen yang menjelaskan berapa banyak tanah bergerak. Gegaran kuat berterusan berlaku selama kira-kira 10 saat,” katanya.

Betty’s Burgers di Chapel Street, Prahran adalah salah satu bangunan yang runtuh sebahagiannya dengan rakaman yang tersebar dalam media sosial menunjukkan batu-bata bertebaran di atas jalan raya.


https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/gempa-bumi-6-0-skala-richter-landa-melbourne/

Comments