LOS LLANOS DE ARIDANE: Aliran lahar akibat letusan Gunung Berapi Cumbre Vieja memusnahkan kira-kira 100 rumah di Kepulauan Canary, Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa, situasi itu turut memaksa seramai 5,500 orang meninggalkan kawasan tersebut.
Gunung Berapi Cumbre Vieja yang meletus Ahad lalu mengeluarkan kepulan asap tebal dan lahar yang mengalir di lereng gunung di Pulau La Palma.
“Setakat ini, tiada kematian dilaporkan sejak gunung berapi ini meletus,” kata Pegawai Daerah Kepulauan Atlantik yang terletak di luar perairan Maghribi.
Berdasarkan Institut Vulkanologi Kepulauan Canary, Involcan, aliran lahar bergerak sekitar 700 meter sejam dan mencecah suhu hampir 1,000 darjah Celsius.
Seorang ahli majlis perbandaran di Los Llanos de Aridane, Lorena Hernandez Labrador berkata, letusan gunung berapi yang berlaku buat pertama kali dalam tempoh 50 tahun telah menyebabkan kerosakan besar dengan kira-kira 100 rumah musnah. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/hampir-100-rumah-musnah-akibat-lahar-gunung-berapi-cumbre-vieja/
Comments
Post a Comment