India pecah rekod dunia, suntik 25 juta dos vaksin sehari

 

NEW DELHI: India berjaya memecahkan rekod dunia selepas memberikan 25 juta dos vaksin dalam masa sehari, semalam.

Dua negeri yang merekodkan kadar vaksinasi terbanyak adalah Karnataka yang memberikan suntikan sebanyak 2.69 juta dan Bihar dengan lebih 2.6 juta dos.

Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh Tiongkok yang pernah memvaksinasi 24.7 juta dos vaksin sehari, Jun lalu.


Bekas Pengarah Penyakit Berjangkit WHO Asia Tenggara, Prof. Tjandra Yoga Aditama berkata, prestasi vaksinasi di India dapat dicontohi Indonesia.

Jelasnya, penduduk Indonesia mempunyai sekitar seperempat penduduk India.

Maka, katanya, Indonesia boleh melakukan suntikan sebanyak enam juta dos vaksin sehari.

“Kedua, dengan semakin banyak rakyat India yang divaksin, diharapkan negara itu dapat memberikan lebih banyak vaksin yang dihasilkan untuk negara-negara lain di dunia menerusi mekanisme COVAX,” jelasnya.-AGENSI

 https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/india-pecah-rekod-dunia-suntik-25-juta-dos-vaksin-sehari/

Comments