Sarawak kembali catat kes positif terbanyak

 

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan jangkitan positif Covid-19 iaitu 14,554 kes berbanding semalam, 13,754 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kembali merekodkan kes positif tertinggi iaitu 2,825 kes diikuti Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).


“Tujuh negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Kelantan (910), Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157).

“Perlis pula mencatatkan 65 kes dan Putrajaya, 30 kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/sarawak-kembali-catat-kes-positif-terbanyak/

Comments