DUBAI: Sekurang-kurangnya 50 pemberontak Huthi dan tentera prokerajaan Yaman terbunuh ketika pertempuran sengit di bandar utama Marib, hari ini.
Ratusan orang maut bulan ini selepas pemberontak yang disokong oleh Iran melakukan serangan terbaru mereka terhadap Marib, kubu terakhir kerajaan di utara yang kaya minyak.
Menurut sumber tentera, dalam tempoh 48 jam lalu, 43 pejuang Huthi terbunuh, kebanyakannya dalam serangan udara gabungan di sebelah barat Marib.
Sumber lain menyatakan, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam pertempuran.
Kira-kira 400 orang dilaporkan maut dalam pertempuran pada bulan ini di Marib, selepas pertempuran berlanjutan di wilayah itu.
Huthi pada awalnya meningkatkan usaha mereka untuk merebut Marib pada Februari lalu, dengan harapan dapat menguasai sumber minyak di rantau ini dan memperkuatkan kedudukan mereka dalam rundingan damai. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/09/869013/sekurang-kurang-50-terbunuh-dalam-pertempuran-di-marib
Comments
Post a Comment