50 terkorban, serangan bom ketika solat Jumaat

 

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 50 terkorban dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan besar du sebuah masjid di bandar Kunduz, utara Afghanistan.

Penduduk memberitahu, letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat, didakwa dilakukan pengebom bunuh diri.


Sumber perubatan di Hospital Wilayah Kunduz memberitahu, 35 mayat dan lebih 50 cedera dibawa ke hospital itu.

Tiada pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/50-terkorban-serangan-bom-ketika-solat-jumaat/

Comments