PETALING JAYA: Sebanyak 86.3 peratus atau 20,202, 624 individu dewasa negara ini lengkap menerima dua dos suntikan vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, semua negeri mencatatkan 60 peratus populasi dewasa yang menerima suntikan vaksinasi lengkap dengan Sabah menjadi negeri terakhir dengan 60.3 peratus.
Lembah Klang kekal tertinggi bagi peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi dengan 110.9 peratus diikuti Labuan (98.6 peratus), Negeri Sembilan (97.3 peratus), Perlis (91.5 peratus) dan Sarawak (89.5 peratus).
Melaka pula (87.7 peratus), Terengganu ( 84.8 peratus), Pulau Pinang (83.2 peratus), Johor ( 81.2 peratus), Kedah dan Pahang masing (74.2 peratus), Perak (72.0 peratus) serta Kelantan (70.6 peratus).
Berdasarkan data itu, sebanyak 62 peratus atau 20,255,398 individu populasi keseluruhan negara ini menerima vaksinasi lengkap setakat semalam.
Setakat semalam, sejumlah 329,163 dos suntikan harian diberikan seluruh negara menjadikan jumlah dos yang diberikan adalah 43,696,743 dos. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/86-3-peratus-populasi-dewasa-lengkap-vaksinasi-semua-negeri-capai-60-peratus/
Comments
Post a Comment