Facebook, Messenger, Instagram sekali lagi berdepan masalah

 

LONDON: Aplikasi Instagram, Facebook dan Messenger sekali lagi berdepan masalah untuk kali kedua dalam seminggu ini.

DailyMail melaporkan, masalah tidak boleh diakses itu berlaku semalam (Jumaat), beberapa hari selepas syarikat gergasi rangkaian sosial terbabit melakukan kemas kini susulan gangguan selama enam jam secara global.


Menurut Down Detector yang mengesan sama ada perkhidmatan internet berfungsi seperti biasa, lebih daripada 30,000 pengguna melaporkan tidak dapat mengakses Instagram, petang semalam.

Sebilangan lagi tidak dapat mengakses Facebook manakala 800 lagi membuat aduan mengenai Messenger.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/facebook-messenger-instagram-sekali-lagi-berdepan-masalah/

 



Comments