PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 83 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 89 kes sebelum ia berubah kepada 104 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.
Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 121 kes berbanding kelmarin, 192 kes menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,456 kes.
Sebanyak 28 daripada 121 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,279 kes.
Sebanyak 900 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 488 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 8,655 orang.
Jika dibahagikan mengikut negeri, Sarawak kembali mencatatkan kematian dilaporkan 25 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Johor (17/16), Sabah (17/11), Selangor (15/8), Kelantan (15/3), Perak (7/6), Pulau Pinang (6/12), Kedah (6/5), Kuala Lumpur (7/2), Perlis (3/2), Terengganu (2/3), Pahang (1/3) dan Melaka (0/2).
Bagaimanapun, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.
Laman portal ini semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 11,889 kes berbanding semalam, 12,735 kes sekali gus terus diatasi 15,891 kes sembuh.
“Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tujuh kluster Covid-19 daripada 14 kluster, dengan bakinya, enam kluster komuniti dan satu kluster keagamaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/kematian-yang-dilaporkan-turun-kepada-121-kes/
Comments
Post a Comment