CALIFORNIA: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan melancarkan kapal angkasa lepas, The Double Asteroid Redirection Test (DART), bulan depan.
DART direka untuk menghancurkan asteroid dengan kapal angkasa yang terletak sejauh 17.7 juta kilometer dari bumi, lapor Mirror.
Projek itu melibatkan pasukan pakar dari NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah bagi melakukan percubaan teknologi mengelakkan bumi diserang oleh asteroid.
Sekiranya berjaya, pembinaan itu dapat membuka jalan bagi sistem pertahanan planet baharu yang dapat melencongkan batu angkasa sebelum terhempas ke bumi.
Teknologi itu menyerupai filem Hollywood, Armageddon apabila NASA melancarkan kapal angkasa bagi menghalang asteroid ‘menyerang’ bumi.
“DART akan menjadi demonstrasi pertama teknik pukulan kinetik untuk mengubah pergerakan asteroid di angkasa lepas,” kata NASA dalam laman webnya.
Comments
Post a Comment