S'pura lapor jumlah rekod 3,486 kes baru COVID-19, lagi 9 kematian

SINGAPURA: Singapura melaporkan jumlah rekod 3,486 kes baru COVID-19 dan lagi sembilan kematian setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (5 Okt).

Sembilan penduduk yang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 itu berusia antara 64 dengan 90 tahun, melibatkan enam lelaki dan tiga wanita warga Singapura dan Penduduk Tetap.

Empat daripada mereka sudah lengkap divaksinasi, dua sudah menerima satu dos vaksin manakala baki tiga belum divaksin, kata MOH.

Semuanya mempunyai masalah perubatan sedia ada.

Ini membawa bilangan keseluruhan mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 kepada 130.

Dalam kalangan kes baru, 3,480 adalah jangkitan tempatan termasuki 2,767 kes dalam masyarakat dan 713 penghuni dormitori.

Sebelum ini, jumlah rekod kes baru dicatatkan pada 1 Oktober sebanyak 2,909.

Sebanyak enam kes import turut dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini harian yang dikeluarkan pada kira-kira pukul 10.57 malam.

Setakat Selasa, Singapura melaporkan 109,804 kes COVID-19 sejak pandemik melanda.

LAWATAN KE RUMAH JAGAAN WARGA EMAS DIGANTUNG LAGI

Lawatan ke rumah jagaan warga emas digantung selama dua minggu lagi hingga 24 Oktober, menurut MOH pada Selasa.

Ini setelah beberapa kelompok baru COVID-19 dikesan di kemudahan jagaan warga emas sepanjang dua minggu lalu.

 Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/s-pura-lapor-jumlah-rekod-3-486-kes-baru-covid-19-lagi-9/4663004.html

Comments