“Kemunculan virus baharu dengan potensi untuk mencetuskan pandemik dan epidemik adalah hakikat alam.
“SARS-CoV-2 merupakan virus terbaharu namun ia bukan yang terakhir dan memahami dari mana asal usul patogen baharu ini adalah amat penting untuk mencegah wabak pada masa depan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Selain itu, 26 saintis yang dikemukakan oleh WHO, dipilih daripada 700 permohonan dan pakar dalam pelbagai bidang saintifik.
Pasukan itu tertakluk kepada perundingan awam selama dua minggu.
Mereka yang terpilih adalah Ketua Institut Virologi Berlin, Christian Drosten, Yungui Yang dari Institut Genomik Beijing, Jean-Claude Manuguerra dari Institut Pasteur Perancis dan Inger Damon dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS).
Beberapa pakar lain merupakan pasukan saintis WHO-China menjalankan kajian asal usul Covid-19, Vladimir Dedkov, Farag Elmoubasher, Thea Fischer, Marion Koopmans, Hung Nguyen dan John Watson.
Terma rujukan menyatakan kumpulan tersebut harus mengemukakan satu penilaian bebas terhadap semua penemuan saintifik dan teknikal sedia ada dari kajian global mengenai asal usul Covid-19 kepada WHO.
Pasukan itu juga perlu memberi nasihat kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menghasilkan, memantau dan menyokong siri kajian seterusnya mengenai asal usul virus.
“Ia termasuk ‘nasihat segera’ mengenai rancangan operasi WHO untuk melaksanakan siri kajian seterusnya mengenai asal usul pandemik dan nasihat berhubung kajian tambahan,” jelas terma itu.
Setakat ini, pandemik Covid-19 sudah mengakibatkan lebih 4.85 juta penduduk maut dan menjejaskan ekonomi global sejak virus itu dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Sementara itu, Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, SAGO akan segera mengkaji maklumat virus diketahui ketika ini, apa yang belum diketahui mengenainya dan tindakan yang harus dilakukan dengan pantas.
“Saya menjangkakan SAGO akan mengesyorkan kajian lanjut di China dan kemungkinan di tempat lain juga,” katanya kepada wartawan. – AFP
Comments
Post a Comment