DHAKA: Bangladesh mengumumkan perintah berkurung lebih ketat mulai Isnin ini, selepas merekodkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 varian delta yang lebih berbahaya lagi membimbangkan.
Kerajaan berkata, pejabat kerajaan serta swasta diarahkan ditutup selama seminggu dan hanya pengangkutan berkaitan perubatan dibenarkan.
"Tiada yang dibenarkan keluar dari rumah kecuali kes kecemasan," menurut satu kenyataan.
Jurucakap Jabatan Kesihatan, Robed Amin, polis dan pengawal sempadan akan dikerahkan untuk menguatkuasakan penutupan, malah tentera mungkin terbabit jika diperlukan.
"Ini adalah keadaan yang berbahaya dan membimbangkan... sekiranya kita tidak membendungnya sekarang, kita akan berdepan musibah seperti India," katanya kepada AFP.
Kadar jangkitan meningkat tinggi sejak pertengahan Mei di Bangladesh dan semalam, negara itu merekodkan hampir 6,000 kes baharu dan 108 kematian, jumlah kematian kedua tertinggi setakat ini.
Pihak berkuasa berkata, daerah berhampiran sempadan India dan hospital di bandar Khulna serta Rajshahi ditimpa bencana.
Jumlah jangkitan di India susut dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kurang 50,000 kes baharu dilaporkan semalam, menurun daripada lebih 400,000 kes sehari pada awal Mei.
Pihak berkuasa di barat India, Maharashtra, memperketat sekatan kerana bimbang mengenai varian Delta plus, dengan 50 kes dilaporkan di seluruh negara. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/832414/bangladesh-arah-perintah-berkurung-kerana-covid-19
Comments
Post a Comment