STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven meletak jawatan hari ini, seminggu selepas beliau tewas dalam usul undi tidak percaya.
Pemimpin Sosial Demokrat itu sebelum ini berdepan dengan pilihan jelas sama ada untuk mengadakan pilihan raya segera atau meletak jawatan.
Dalam sidang akhbar, Lofven memberitahu, pilihan raya segera bukanlah yang ‘terbaik’ untuk Sweden, terutamanya ketika negara ini berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Sehubungan itu, saya sudah membuat permohonan kepada Speaker Parlimen, Andreas Norlen untuk saya melepaskan jawatan sebagai perdana menteri,” katanya.
Terdahulu, usul tidak percaya itu dibuat oleh Demokrat sayap kanan, selepas sayap kiri menyatakan merancang usul terhadap rancangan untuk melonggarkan kawalan sewa.
Cadangan bagi pasaran sewa berpotensi membolehkan pemilik tanah secara bebas menetapkan sewa untuk pangsapuri baharu, yang dilihat bertentangan dengan model sosial Sweden dan ancaman terhadap hak penyewa.
Parti sederhana konservatif dan Demokrat Kristian menyokong usul itu, yang disokong 181 anggota daripada 349 kerusi di Parlimen.
Jika pilihan raya diadakan, ia adalah tambahan kepada pilihan raya umum yang dijadualkan September 2022, yang akan menjadikan dua pilihan raya dalam tempoh lebih satu tahun.
Sekiranya Lofven memilih untuk mengadakan pilihan raya, ia akan menjadi pilihan raya mengejut pertama di negara itu sejak 1958.
Menurut tinjauan pendapat diterbitkan, parti sayap kanan akan memenangi pilihan raya dengan majoriti tipis.
Sekiranya Lofven memilih untuk meletak jawatan, ia bergantung kepada Norlen untuk membuka rundingan bagi menentukan perdana menteri baharu.
Norlen kemudian harus berunding dengan setiap pihak sebelum mencadangkan Perdana Menteri baharu. – AFP
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/perdana-menteri-sweden-letak-jawatan-selepas-tewas-usul-undi-tidak-percaya/
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/perdana-menteri-sweden-letak-jawatan-selepas-tewas-usul-undi-tidak-percaya/
Comments
Post a Comment