Bandar Dunhuang ‘ditelan’ ribut pasir setinggi 100 meter

 

BEIJING: Ribut pasir dengan ketinggian lebih 100 meter melanda sebuah bandar di Gurun Gobi di barat laut China.

Bandar Dunhuang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dengan pelbagai kisah sejarah seolah-olah ‘hilang ditelan debu’ ketika fenomena alam itu berlaku pada Ahad lalu.

Seorang penduduk memberitahu, ribut pasir itu muncul secara tiba-tiba dan meliputi bandar itu dalam tempoh lima hingga enam minit.

“Keadaan menjadi gelap gelita sekejap dan cahaya matahari seolah-olah ‘terpadam’ begitu sahaja’,


“Bandar ini sudah lama tidak dilanda ribut pasir sejak beberapa tahun lalu,” katanya yang hanya dikenali sebagai Zhang.

Agensi berita China News Service melaporkan, ribut pasir sering berlaku ketika musim bunga, dan jarang berlaku sewaktu musim panas. – AFP

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/bandar-dunhuang-ditelan-ribut-pasir-setinggi-100-meter/



Comments