MOSCOW: Seorang pakar ginekologi dari Rusia menerima jolokan `Doktor Cip’ kerana mempunyai beberapa mikrocip yang diimplan dibawah kulit tangan bagi membantunya melaksanakan tugasan harian dengan lancar.
Volchek dari Novosibirsk sekali lagi muncul dalam muka depan akhbar tempatan selepas mengimplan cip kad bank di tangannya dengan harapan dapat memudahkan pembayaran menerusi imbasan berbanding cara manual.
Teknik implan itu pernah dicuba beberapa kali di Rusia namun ia masih gagal dicapai.
Oleh itu, Volchek berharap dapat menjadi penerima implan pertama cip penghantaran tanpa sentuh di negaranya.
Sebelum ini, Volchek melakukan proses implan cip itu beberapa kali sejak tahun 2014.
Katanya, dia mengetahui teknik implan cip hampir sedekad lalu selepas membaca beberapa artikel mengenainya.
“Saya tahu proses implan seperti itu digunakan dalam perubatan veterinar pada awal tahun 2000.
“Ia membuatkan saya tertarik untuk melakukannya,” katanya.
Menurut Volchek, dia mendapat tahu cip seperti itu sudah lama dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) dan China.
Malah, katanya, dia mula melakukan eksperimen terhadap diri sendiri tidak lama selepas itu.
Media Rusia melaporkan berita mengenai Doktor Cip pada 2017 yang mana ketika itu Volchek sudah mengimplan beberapa mikrocip di tangannya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/doktor-implan-mikrocip-di-tangan-untuk-mudahkan-kerja/
Comments
Post a Comment