LONDON: Eropah yang menjadi antara terawal melaksanakan program vaksinasi Covid-19, namun kini, usaha itu dilihat semakin ‘pudar’.
Lapor CNN, hal ini kerana, semakin ramai penduduk menolak untuk divaksin, selain para pemimpin berlumba-lumba mencari penyelesaian terbaik untuk meyakinkan penduduk supaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Pihak berkuasa kesihatan di negara-negara Eropah masing-masing menawarkan pelbagai ganjaran untuk menarik orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
Antaranya, pembayaran wang tunai, pemberian data internet, tiket lawatan stadium bola sepak dan daging panggang secara percuma.
Ketika varian Delta merebak hampir seluruh benua Eropah dengan mengancam untuk mencetuskan semula perintah berkurung pada musim panas, beberapa pemimpin negara bertindak mengambil tindakan tegas.
Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang yang mewajibkan penduduk mengemukakan pasport vaksin atau ujian PCR negatif untuk memasuki restoran, bar serta perjalanan jarak jauh menggunakan kereta api dan pesawat bermula bulan depan.
Comments
Post a Comment