COVID-19: Sri Lanka laksana penutupan seluruh negara

 

COLOMBO: Sri Lanka mengumumkan penutupan seluruh negara hari ini kerana mendapat tekanan kuat dari pakar perubatan berikutan jangkitan coronavirus di hospital, bilik dan rumah mayat.

Presiden, Gotabaya Rajapaksa, yang menolak untuk penutupan selama berminggu-minggu, setuju untuk melakukannya selama 10 hari selepas diberi amaran keras bahawa hospital tidak dapat menampung kemasukan pesakit.

Menerusi ciapan Menteri kesihatan, Keheliya Rambukwella, beliau berkata penutupan seluruh negara berkuat kuasa mulai 10 malam hari ini hingga 30 Ogos.

"Semua perkhidmatan penting akan berfungsi seperti biasa. Saya dengan tulus meminta semua warga #lka untuk mematuhi undang-undang dan #StayHome," dalam ciapannya.

Rambukwella berkata, 10 hari lalu negara belum mencapai tahap kritikal dan sebarang penutupan akan menjadi 'jalan terakhir'.

"Tetapi kami belum sampai di situ," katanya kepada wartawan pada 10 Ogos lalu.

Sejak itu, 1,568 orang maut dan 40,218 dijangkiti.

Pegawai menyatakan bahawa presiden itu akan berucap hari ini untuk membincangkan keadaan darurat kesihatan awam dan langkah-langkah untuk mencegah wabak itu.

Pasar raya, kedai runcit dan depot bahan bakar menyaksikan orang ramai menyimpan bekalan kerana berita mengenai penutupan itu tersebar di media sosial.

Barisan panjang di stesen minyak di seluruh negara dan Menteri Tenaga, Udaya Gammanpila mendesak pengguna untuk tidak melakukan pembelian panik.

Sri Lanka melakukan pembakaran besar-besaran timbunan mayat pesakit COVID-19 minggu lalu. - Foto AFP


Rakan kongsi dalam gabungan yang berkuasa serta paderi Buddha berpengaruh turut mendesak Rajapaksa untuk menutup negara berikutan varian Delta yang cepat tersebar.

Walaupun lebih daripada lima juta dari 21 juta penduduk menerima dua dos vaksin, virus ini menyebabkan lebih banyak mangsa, melebihi kemampuan hospital negeri dan swasta.

Dengan mayat yang bertimbun di beberapa rumah sakit negeri, kerajaan melakukan pengebumian besar-besaran minggu lalu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/853905/covid-19-sri-lanka-laksana-penutupan-seluruh-negara

 

Comments