SOUTH LAKE TAHOE, AMERIKA SYARIKAT: Ribuan penduduk diarah berpindah semalam, susulan kebakaran hutan mula merebak ke kawasan tumpuan utama pelancong di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kepulan asap tebal kini memenuhi ruang udara.
Kebakaran 'Caldor Fire' itu merebak membabitkan kawasan lebih 700 kilometer persegi dan memusnahkan ratusan bangunan.
Semalam, api merebak ke arah bandar peranginan utama yang cukup popular, South Lake Tahoe di sempadan California dan Nevada.
"Proses memadam kebakaran, bahan api adalah sangat mencabar.
"Kami akan memadamkan api ini, tetapi ia tidak dapat dilakukan hari ini," kata Komander Kebakaran Cal, Jeff Veik kepada akhbar San Francisco Chronicle.
Kejadian kebakaran di barat AS semakin membimbangkan dengan di California saja sehingga penghujung bulan ini api merebak membabitkan keluasan lebih daripada 2,700 batu persegi.
"Amaran supaya bersedia dikeluarkan malam tadi dan pada jam 10 pagi tadi, sherif meminta kami keluar. Saya terus panik," kata penduduk South Lake Tahoe, Corinne Kobel kepada akhbar Sacramento Bee.
Kira-kira 22,000 penduduk diarah berpindah pagi semalam bersama ribuan lagi orang awam yang terpaksa menyelamatkan diri susulan kejadian kebakaran yang terus merebak secara pantas.
'Caldor Fire' tercetus sejak 14 Ogos lalu dan merebak dengan pantas ke Hutan Negara Eldorado.
Akhir Julai lalu, jumlah kebakaran hutan di California meningkat lebih 250 peratus, berbanding 2020 sekali gus menjadi tahun kebakaran terburuk dalam sejarah moden di negeri itu.
Saintis mengaitkan insiden berkenaan berlaku disebabkan kemarau panjang, selain disumbang oleh perubahan iklim.
Ia menyebabkan sebahagian besar wilayah barat AS menjadi kering dan rentan terhadap kebakaran serta berupaya mendatangkan kemusnahan. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/08/858001/kebakaran-hutan-makin-merebak-di-california
Comments
Post a Comment