NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) minggu ini dijangka memberi tumpuan terhadap meningkatkan usaha memerangi perubahan iklim dan COVID- 19,
Sidang yang sama tahun lalu terpaksa diadakan secara maya akibat ancaman teruk pandemik ketika itu, memaksa pemimpin dunia menghantar pernyataan video untuk perhimpunan tahunan itu.
Memandangkan coronavirus masih berleluasa manakala tiada keseimbangan pengagihan vaksin, kira-kira satu pertiga daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang untuk sekali lagi menghantar video.
Bagaimanapun, presiden, perdana menteri dan menteri luar negara selebihnya dijadualkan menghadiri sidang yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) itu.
AS cuba menggalakkan pemimpin elak datang ke New York dalam usaha menghentikan Perhimpunan Agung PBB daripada menjadi acara 'perebak utama'.
Menggunakan sistem saling 'percaya' dengan sikap tanggungjawab peserta, sesiapa yang memasuki dewan perhimpunan PBB secara tidak langsung dianggap sudah diberi vaksin penuh tetapi mereka tidak perlu menunjukkan bukti.
Sistem itu dijangka tercemar apabila negara pertama bercakap di sidang itu, Brazil, di wakili Presidennya, Jair Bolsonaro, yang belum disuntik vaksin
Beliau adalah antara penentang vaksin atas alasan sudah dijangkiti COVID-19 dan sembuh, sekali gus menjadikannya kebal kepada ancaman coronavirus itu.
Pihak berkuasa New York menyediakan sebuah van di luar PBB selama seminggu untuk memberikan ujian percuma dan suntikan vaksin Johnson&Johnson dos tunggal sebelum .
Guterres berkata perbincangan mengenai berapa ramai diplomat yang akan ke sidang itu tanpa diimunisasi menggambarkan 'betapa dramatik ketidaksamaan berkaitan dengan inokulasi pada har ini'.
Beliau akan mengusulkan rancangan global untuk memastikan 70 peratus penduduk dunia diinokulasi pada separuh pertama tahun depan.
Daripada 5.7 bilion dos vaksin koronavirus yang diberikan di seluruh dunia, hanya dua peratus sampai ke Afrika.
Presiden AS, Joe Biden, yang akan menjadi tuan rumah pertemuan kali ini, akan menyertai secara maya dari Washington untuk bersama pemimpin dan ketua eksekutif esok, yang bertujuan meningkatkan pengedaran vaksin di seluruh dunia
Memandangkan wabak masih berleluasa, perwakilan PBB terbatas pada jumlah yang jauh lebih kecil dan kebanyakan kegiatan luar adalah secara maya.
Biden juga akan berucap secara langsung pada perhimpunan itu, yang juga lawatan pertamanya ke PBB sejak memegang jawatan presiden.
Beliau dijangka membawa 'berita baik' dan akan menyentuh mengenai kekurangan berhubung dana AS$100 billion (RM419 bilion) dana cuaca global, kata wakilnya, John Kerry, ketika mesyuarat tertutup sampingan sempena UNGA.
Pada mesyuarat anjuran Britain dan Ketua Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, turut menempelak pemimpin dunia kerana gagal menunaikan janji menyumbangkan AS$100 bilion (RM419 bilion) setahun antara 2020 hingga 2025. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/09/866610/sidang-pbb-tumpu-perang-perubahan-iklim-covid-19
Comments
Post a Comment