LONDON: Akibat kebimbangan mengenai krisis harga minyak yang dijangka mengalami kenaikan di London dan kawasan South East, ada pengusaha stesen minyak dilihat terlalu tamak mengenakan caj sebanyak 3 pound (RM17) bagi seliter minyak.
Malah pemandu kenderaan turut memberitahu harga minyak petrol akan meningkat lagi sehingga 0.05 pound (RM0.28) seliter minggu ini.
Daily Mail melakukan tinjauan di stesen minyak Gulf di West London yang mengenakan caj sebanyak 2.93 pound (RM16.60) seliter iaitu peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding harga biasa 1.98 pound (RM11.20).
Aktivis kempen FairFuelUK mendedahkan, harga purata bagi seliter minyak petrol ketika ini adalah 1.42 pound (RM8), meningkat dari 1.36 pound (RM7.70).
Pemandu yang mengisi minyak diesel pula perlu membayar 1.45 pound (RM8.20) seliter berbanding 1.39 pound (RM7.80).
Aktivis, Howard Cox berkata, harga minyak dijangka mengalami peningkatan antara 0.03 hingga 0.05 pound (RM0.17 – RM0.28) minggu depan dan mendakwa stesen minyak mula mengambil kesempatan.
“Kami mahu harga yang adil bagi pengguna, namun pemandu kenderaan di Britain terpaksa berdepan dengan peningkatan harga tersebut,” katanya.
Seorang pelanggan di stesen pam minyak Sloane Services terpaksa membayar 2.93 pound kerana tiada pilihan lain.
Petugas pam minyak pula menjelaskan, pihak mereka tidak bertanggungjawab menentukan harga minyak tersebut.
Dalam pada itu, Pengerusi Kesatuan Perniagaan Petrol (PRA), Brian Madderson berkata, kekurangan bekalan bahan mentah itu menjadi ‘masalah besar’ di London.
Beliau turut mengalu-alukan pengumuman tentera yang akan dikerahkan membawa bekalan minyak, namun menjelaskan situasi itu hanyalah untuk kesan jangka pendek.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/harga-minyak-petrol-di-london-tidak-masuk-akal/
Comments
Post a Comment